Site Visit to Facility Management (Residensi Setia Impian)
Sesi perbincangan ringkas bersama team dan technician berkaitan kemudahan fasiliti dan harta bersama di Residensi Setia Impian, Kajang Selangor.
Untuk makluman, pangsapuri ini siap dibina pada tahun 2020, berstatus komersial strata dan berpegangan bebas. Jumlah keseluruhan ialah 436 unit termasuk 16 shoplot, merangkumi 2 blok iaitu blok A dan B. Kami melihat sendiri fasiliti-fasiliti yang disediakan untuk keselesaan penghuni seperti surau, lif, taman permainan, kolam renang, parking, jogging track dan sebagainya.
Penyelenggaraan dan pengurusan fasiliti yang efisien dan standard yang tinggi adalah sangat penting bagi memastikan semua kemudahan berfungsi dengan lancar dan penghuni menikmati persekitaran yang selamat serta selesa.